NEWS
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Berita Harian - http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Laman/20090816115854/Article/
Kemudahan menyewa taman bagi majlis kian popular di bandar besar

KITA lazimnya mendengar mengenai perkhidmatan menyewakan khemah dan sistem peralatan audio visual untuk sesebuah majlis keraian.

Kini, perkhidmatan menyewa pokok juga sudah mendapat tempat dalam majlis keraian yang dilakukan sama ada ia dianjurkan syarikat korporat atau jabatan kerajaan dan orang perseorangan.

Pemilik Emerald Vista Landscape, Steven Siva berkata, aliran menyewakan pokok untuk majlis keraian seperti perkahwinan, majlis konvokesyen serta hari jadi semakin meningkat sejak kebelakangan ini terutama di bandar besar. Katanya, perkhidmatan menyewakan pokok dan hiasan landskap sudah lama bertapak di negara ini tetapi terhad kepada permintaan pejabat kerajaan dan syarikat korporat saja.

"Kini, aliran itu sudah berubah kerana ada orang perseorangan yang beralih kepada perkhidmatan menyewa pokok dan hiasan landskap bagi mencantikkan kediaman atau ketika mereka mahu mengadakan majlis. Jika dulu majlis yang besar saja menggunakan perkhidmatan ini, kini majlis sekecil jamuan hari jadi atau rumah terbuka turut menyewakan pokok sebagai hiasan," katanya yang sudah 10 tahun berkecimpung mengendalikan perniagaan landskap dan menyewakan pokok