Mengulas mengenai perkhidmatan menyewa pokok, katanya perkhidmatan itu sudah diperkenalkan oleh sebuah syarikat sejak 30 tahun lalu tetapi terhad kepada syarikat besar, pejabat kerajaan dan majlis perbandaran bagi majlis di peringkat daerah, negeri dan nasional.
|
 |
"Arah aliran ini berubah apabila semakin ramai yang sedar dengan kepentingan menjaga alam sekitar serta keperluan menghias kediaman dan pejabat," katanya yang pernah berkhidmat selama lima tahun di syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa pokok dan hiasan landskap, sebelum mengusahakan perniagaan landskap sendiri.
Steven berkata, ramai yang percaya kualiti hidup dapat ditingkatkan dengan adanya tumbuhan di kediaman dan tempat kerja . "Berdasarkan pengalaman saya dapati jika ada orang yang sakit di satu-satu tempat kerja, pokok yang ada di pejabat itu juga cepat kering dan layu berbanding pejabat yang dihuni mereka yang sihat," katanya.Beliau menjelaskan selain menyewakan pokok, biasanya syarikatnya turut menjalankan kerja penyelenggaraan untuk pokok yang disewa termasuk penyiraman, pemangkasan, pemuliharaan dan pembajaan pokok yang dilakukan seminggu sekali.
"Saya juga menyediakan pasu yang tidak menyebabkan air melimpah selepas siraman dan tiada kekotoran ketika kakitangan melakukan kerja penyelenggaraan pokok yang disewakan. Malah, kami syarikat yang pertama memberi jaminan bahawa pasu bunga yang disewa tidak mengandungi jentik-jentik yang akan menyebabkan pembiakan nyamuk aedes punca demam denggi.
|